GERAKAN RAKYAT DAN UMMAH, HIMPUNAN BANTAH PERLAKSANAAN SEMULA PPSMI-DLP

Perlaksanaan semula Ppsmi-Dlp akan sekali lagi mengugat hak keistimewaan Bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan yang telah dijamin dalam PP dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996, maka MAPPIM dan gabungan lebih 1000 Ngo UMMAH menyokong sepenuhnya sidang media hari ini dan seteruskanya akan menganjurkan Himpunan Rakyat besar2an secara aman seperti ICERD bagi membantah perlaksanaan semula Ppsmi-Dlp bertempat di KL pada awal Mei sebelum Ramadhan nanti.

Ini bagi menunjukkan bantahan dan memberi ingatan sekali lagi kepada pimpinan kerajaan yg baru agar Bahasa Melayu sbg bahasa ilmu dan pendidikan utama negara serta bahasa Kebangsaan akan terus kekal dimartabatkan serta terus terpelihara.

Kami bukan anti BI, malah sangat setuju ianya diperkasakan sebagai bahasa ke 2 dan bahasa tambahan bagi meningkatkan ilmu, kami mencadangkan kepada kerajaan, KPM agar meningkatkan dahulu prasarana pengajaran dan pembelajaran subjek BI sendiri melalui memperkasakan kurikulum-silibus, kemahiran kompetensi Guru dan interaktif ko-kurukulum serta peperiksaan nya.

Cikgu zai mustafa

Kami menegaskan bahawa bagi meningkat mutu dan kualiti standard Sains dan Matematik diperingkat antarabangsa, berdasarkan prestasi penilaian Pisa dan Timms maka, semua subjek ini mestilah diajar semula dalam BM (bahasa kebangsaan) juga bahasa ibunda sepertimana saranan piagam UNESCO (pendidikan) sebagaimana tahun 2003 markah score sains pelajar Malaysia ialah 510 berada diatas markah purata dunia iaitu 500.

Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif MAPPIM
Sekretariat UMMAH dan
Gabungan Utama Ngo2 Pendidikan

Tell Us What You Think
0Like0Love0Haha0Wow0Sad0Angry

0 Comments

Leave a comment