Saudara Mohd Zai Mustafa Pengerusi UMMAH 2020 yang baru

KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG
GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH)

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang diwujudkan sejak tahun 2017 adalah gabungan daripada ratusan NGO yang konsisten memperjuangkan isu semasa yang menyentuh kepentingan umat Islam dan negara.

Bertunjangkan prinsip dan matlamat Islam adalah yang tertinggi maka UMMAH telah mengambil ketetapan untuk memantapkan sistem kepimpinannya.

Mesyuarat Sekretariat UMMAH pada 19 Januari 2020 telah melantik Saudara Mohd Zai Mustafa sebagai Pengerusi UMMAH yang baru demi memastikan UMMAH terus memimpin umat menuju ke era baru kegemilangan umat Islam di rantau Nusantara.

Antara isu semasa yang sedang ditangani oleh UMMAH adalah menentang cadangan kerajaan menghapuskan hukuman mati mandatori, mempertahankan tulisan jawi, menghapuskan ideologi komunis dan teroris, menentang agenda IFC memurtadkan umat Islam, menggerakkan kempen ekonomi Islam (BMF), memperjuangkan hak ekonomi dan biasiswa untuk Bumiputra, mengukuhkan status institusi Islam dan Syariah, menghapuskan sekolah vernakular, mempertahankan sistem raja berperlembagaan, keadilan untuk Almarhum Adib dan mengukuhkan perpaduan umat Islam Nusantara.

UMMAH akan terus memperjuangkan agenda memartabatkan Islam dan memperkasakan orang Melayu.

Mansor bin Ibrahim
Setiausaha Agung
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
24 Jamadilawal 1441 | 20 Januari 2020

Tell Us What You Think
0Like0Love0Haha0Wow0Sad0Angry

0 Comments

Leave a comment